Forum Peradaban & Keamanan Sejagat: Konsep Keamanan & Keadilan Sosial Menurut Shaykh Abdullah Bin Bayyah

Tarikh: 30 April 2019 (Selasa) 9:30pg - 1:00tgh

Anjuran: IAIS Malaysia, Al-Naqiy, ABIM, PKPIM, MBM, & ILHAM Books

Tempat: IAIS Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur, Malaysia.

 30APRIL2019 latestPoster

[click here for more event pictures]

YB izza video

[watch the event video]

PENDAHULUAN

Shaykh Abdullah Bin Bayyah merupakan seorang negarawan dan tokoh ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau bukan sahaja sosok yang dikagumi dalam bidang kesarjanaan, malah turut mempamerkan ketokohan dalam aspek kepimpinan dan kerohanian. Beliau mendapat pendidikan awal melalui bapanya, Shaykh Mahfoudh yang merupakan seorang Qadhi di mana beliau mempelajari pendidikan Islam seperti al-Qur’an, hadith, syariah, fiqh, bahasa Arab, linguistik dan falsafah di madrasah (Mahadhir) yang didirikan oleh bapanya.

Pada tahun 1961, Shaykh Abdullah bin Bayyah kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Fakulti Undang-Undang di Tunisia. Beliau turut mengikuti latihan perundangan dan kehakiman di mahkamah Tunisia serta berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Setelah menamatkan pengajian di Tunisia, Shaykh Abdullah bin Bayyah pulang ke tanah air. Kerana  ketrampilan dan keilmuannya dalam bidang Syariah, Fiqh dan Usul Fiqh, beliau dilantik memegang pelbagai jawatan penting. Antara jawatan tersebut adalah Hakim di Mahkamah Tinggi, Ketua Urusan Syariah di Kementerian Kehakiman, Timbalan Presiden Mahkamah Rayuan serta Perunding Utama Hal Ehwal Agama di Republik Islam Mauritania.

Beliau turut berjuang di persada politik dan kemasyarakatan apabila dilantik sebagai Menteri pertama Kementerian Hal Ehwal Islam, Menteri Pendidikan Asas dan Hal Ehwal Agama, Menteri Pembinaan dan Organisasi Parti Nasional (mengawasi Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Islam dan Kementerian Perkhidmatan Pos dan Komunikasi) dan Menteri Sumber Manusia. Jawatan tertinggi yang pernah disandang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Republik Islam Mauritania.

Beliau dikenali kerana perjuangannya mempromosikan keamanan, kesederhanaan dan mendamaikan persengketaan. Presiden Barack Obama pernah merakamkan penghargaan terhadap beliau di Persidangan Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 September 2014, atas usahanya mengasaskan Forum Mempromosikan Keamanan di Kalangan Masyarakat Muslim serta ikrarnya untuk mengisytiharkan perang ke atas peperangan, demi mewujudkan keamanan sejagat.

Beliau menyeru kepada prinsip toleransi dan keharmonian dengan menganjurkan Deklarasi Marrakesh, satu kontrak sosial yang menjamin hak-hak asasi golongan minoriti di negara majoriti Islam serta memberikan kesaksamaan hak dan tanggungjawab kepada semua warga negara. Ia berpandukan Piagam Madinah yang digubal oleh Rasulullah SAW.

Pada Februari 2018, beliau mengasaskan Persidangan Perikatan Kebaikan Sejagat  (Alliance of Virtues for the Common Good Conference) di antara ketua-ketua agama Islam, Kristian dan Yahudi bagi menjalinkan nilai-nilai murni demi keharmonian serta melancarkan Deklarasi Washington yang menyeru perpaduan agama, kesaksamaan, tanggung jawab memahami antara agama dan usaha berterusan memerangi keganasan, konflik dan penindasan. 

Karya-karya beliau menunjukkan komitmen beliau yang tinggi dalam menangani radikalism, ektremism dan keganasan di peringkat antarabangsa serta memerangi perpecahan di kalangan umat Islam. Beliau juga turut mengasaskan Global Center for Renewal and Guidance yang menjadi badan pemikir strategik bagi mencari solusi untuk isu-isu intelektual dan kerohanian di kalangan umat Islam seluruh dunia.

Namun sesuatu yang agak mengecewakan apabila pemikiran Shaykh Abdullah Bin Bayyah dilihat agak kurang popular dan kurang diwacanakan di Malaysia. Melihat kepada latar belakang negara ini yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, idea beliau berkenaan keharmonian, keamanan sejagat dan perpaduan nasional dilihat amat sesuai untuk diimplementasikan. Justeru, amat walang sekali sekiranya pemikiran dan idea beliau tidak diketengahkan sebaiknya di arena akademik mahupun di kalangan masyarakat Malaysia.

OBJEKTIF

  • Mengetengahkan pemikiran Shaykh Abdullah bin Bayyah tentang keamanan dan keharmonian sejagat bagi menangani konflik dan keganasan yang berlaku khususnya di negara Islam dan di negara minoriti Muslim
  • Menangani ideologi dan pemikiran radikal dan ektremis di peringkat antarabangsa dengan membawakan mesej kesatuan dan kesederhanaan di kalangan umat Islam bagi mengatasi perpecahan, kehilangan nyawa, kerosakan dan pelbagai kemudaratan.
  • Mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama berdasarkan prinsip-prinsip keharmonian dan keadilan sosial menurut perspektif Islam

ATURCARA

09.30pagi Kehadiran Tetamu & Pendaftaran

10.00pagi Ucapan Pembukaan oleh Prof Mohamad Hashim Kamali, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, IAIS Malaysia

10.10pagi Ucaptama oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen, Permatang Pauh

10.40pagi Peluncuran Buku oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar, “Terorisme: Diagnosis dan Penyelesaian” karya Shaykh Abdullah Bin Bayyah

Forum Peradaban & Keamanan Sejagat

10.45pagi Moderator: Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia

Pembentangan I: “Mengenali Shaykh Abdullah Bin Bayyah: Biografi, Pemikiran dan Kesarjanaan”, Oleh: Jufitri Joha,  Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM)

11.15pagi Pembentangan II: “Manhaj Shaykh Bin Bayyah dalam Mewujudkan Keamanan & Menentang Ekstremisme”, Oleh: Ustaz Fauwaz Fadzil Nor, Konsultan Syariah/Pengendali Bengkel Usul Fiqh & Syariah Penasihat, Alliance Islamic Bank

11.45pagi Pembentangan III: “Ibrah dari Deklarasi Marrakesh bagi Merealisasikan, Keharmonian Sejagat & Keadilan Sosial di Malaysia”, Oleh: Prof. Madya Dr Zulkifli bin Hasan, Timbalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

12.15tgh Sesi Interaktif

01.00tgh Penutupan Majlis & Bersurai

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
Read 918 times