IAIS Malaysia

Past Events

Seminar Isu-Isu Kefatwaan Kontemporari: "Fiqh Kontemporari Dalam Mendepani Realiti Semasa Masyarakat Malaysia"

TARIKH: 10hb MAC 2016 (KHAMIS) 08:00PG – 05:00PTG
TEMPAT    : IAIS Malaysia

 
 poster10032016 updated4mar16

fatwa seminar

 [klik untuk gambar seminar]

1. PENDAHULUAN

Institusi fatwa merupakan sebuah katalis penting dalam sesebuah masyarakat Islam. Fatwa memberi panduan kepada masyarakat untuk berhadapan dengan setiap perubahan sosial yang sentiasa bergerak dengan pantas serta mencetuskan masalah-masalah hukum yang baru.  Dalam rangka untuk menjayakan peranan yang penting ini, institusi fatwa perlu meneliti realiti perubahan sosial yang berlaku di dalam dan mengkaji faktor-faktor yang mencetuskan perubahan tersebut. Melalui penelitian ini, fatwa-fatwa yang dikeluarkan akan mampu untuk menawarkan solusi yang tuntas kepada permasalahan masyarakat dan seterusnya dapat  memelihara kemaslahatan mereka.

Dalam konteks Malaysia dewasa ini, institusi fatwa berhadapan dengan cabaran yang besar. Cabaran ini lahir daripada pelbagai faktor antaranya berikutan kepesatan pembangunan ekonomi, perubahan landskap sosio-budaya, serta perkembangan teknologi maklumat yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat ketika ini.  Berlatarbelakangkan konteks tersebut munculnya pelbagai bentuk masalah baru yang mempunyai kerencamannya yang tersendiri di dalam masyarakat pada hari ini. Ini menuntut jawapan-jawapan hukum yang mampu memberi solusi daripada kacamata Islam terhadap persoalan yang berbangkit.  Selain daripada itu, realiti langit terbuka dan akses kepada maklumat tanpa sempadan juga telah membawa kesannya yang tersendiri. Melalui maklumat-maklumat yang dicapai, anggota masyarakat mampu membentuk persepsi dan pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa yang ditetapkan bahkan terhadap institusi fatwa itu sendiri.

Menyedari hakikat ini, institusi fatwa perlu diperkasakan secara berterusan melalui dua aspek penting. Aspek pertama ialah pengukuhan metodologi fatwa dengan berorentasikan kepada pendekatan fiqh kontemporari dalam rangka mencari jawapan terhadap persoalan-persoalan semasa. Metodologi fiqh kontemporari dengan ini perlulah diperkayakan dengan pendekatan-pendekatan yang dapat menangani perubahan masyarakat seperti maqasid al-shari’ah, siyasah al-shari’iyyah dan maslahah serta dilengkapi dengan kajian-kajian dalam bidang sains tulen, sosiologi, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Manakala aspek kedua ialah melalui pemantapan operasi pengurusan fatwa yang melibatkan penyelarasan fatwa di kalangan pelbagai autoriti kefatwaan di Malaysia, kaedah penyampaian fatwa yang berkesan kepada masyarakat, serta usaha-usaha pembangunan  modal insan dan kemahiran di dalam institusi fatwa itu sendiri.

 

2. OBJEKTIF

• Menyoroti pelbagai bentuk cabaran semasa di dalam masyarakat Malaysia kini yang perlu ditangani dengan bijak oleh institusi fatwa

• Meninjau pendekatan-pendekatan fiqh kontemporari dalam memperkukuhkan metodologi fatwa di Malaysia  

• Mengenal pasti peranan dan kepentingan maqasid al-shari’ah dalam metodologi pengeluaran fatwa di Malaysia

• Mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan dalam aspek pengurusan fatwa dan pembangunan institusi fatwa di Malaysia.

 

3. PENGANJUR PROGRAM:

Penganjur Bersama:

Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS Malaysia), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)  dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Dengan Kerjasama:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

1-50p

2-50p 

 

 Yuran Penyertaan

- Awam: RM200.00
- Pelajar/ Mahasiswa: RM100.00


Pembayaran secara cek atau bank draft boleh dibuat melalui:

Bank: CIMB Islamic Bank Berhad  No. Akaun: 8600339794
Nama: International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia

Sila hantarkan bukti pembayaran (termasuk Nama Penuh, E-mail dan Nombor Telefon) ke finance@iais.org.my


1. Pengesahan pendaftaran peserta  adalah setelah pihak penganjur menerima  bayaran penuh yuran penyertaan atau penerimaan surat jaminan majikan (swasta) atau surat pesanan kerajaan.
2. Pembayaran penuh yuran penyertaan hendaklah dibuat pada atau sebelum tarikh seminar. Pihak Institut berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya tiada bayaran diterima sebelum atau pada hari seminar diadakan.
3. Bagi sesiapa yang tidak mendaftar sebelum tarikh seminar diadakan, pendaftaran anda adalah tertakluk kepada kekosongan tempat duduk serta disusuli dengan penerimaan bayaran penuh yuran penyertaan pada hari seminar diadakan.
4. Sijil Kehadiran akan hanya diberikan kepada peserta-peserta yang menandatangani daftar penyertaan pada hari seminar diadakan.  


Muat turun Kertas Kerja dan Slaid Pembentangan di sini;

Ahmad Hidayat Buang, PhD (Kertas Kerja)

Prof Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid (Kertas Kerja)

SS Dato Zulkifly Muda (Kertas Kerja)

SS Dato Zulkifly Muda (PowerPoint)

Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri (PowerPoint)   Prof. Madya Irwan Mohd Subri & Fakhrina Zulkiple (Artikel)

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (PowerPoint)

 


 

Resolusi Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari 2016

1. Mempertingkatkan kewibawaan para mufti di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan dengan menggariskan satu dasar perlantikan seseorang mufti yang menetapkan syarat kelayakan minima jawatan tersebut adalah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau kelayakan setaraf.

2. Memperkasakan institusi fatwa melalui program latihan dan pembangunan yang berterusan dari segi akademik dan profesionalisme. Ini termasuk dengan mengadakan kursus atau seminar berkala kepada kakitangan pejabat mufti.

3. Merangka dan menambah baik kod etika profesionalisme institusi-institusi fatwa, yang merangkumi perkembangan teknologi semasa, khasnya di alam maya bagi menjamin integriti mereka.

4. Memberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mufti dan institusi fatwa agar fatwa yang dikeluarkan dilihat sebagai lebih objektif dan bebas dari pengaruh politik dan pihak-pihak yang berkepentingan.

5. Menaik taraf sistem pengumpulan data dan maklumat dalam proses penghasilan fatwa; antaranya dengan meningkatkan penglibatan pakar dari pelbagai bidang, sama ada melalui pengambilan tenaga tambahan, atau melalui proses perundingan yang berkesan.

6. Menjalankan penilaian semula dari masa ke semasa terhadap fatwa-fatwa terdahulu dan melihat kesesuaiannya dengan realiti semasa, antaranya dengan menilai semula fatwa berdasarkan perkembangan ilmu fiqh dan usul al-fiqh terkini.

7. Proses penghasilan dan pewartaan sesuatu fatwa perlu sentiasa menitikberatkan faktor kepentingan awam (maslahah), di samping mengambilkira kesan jangka pendek dan jangka panjang sesuatu fatwa terhadap pelbagai aspek termasuk aspek sosial, perundangan dan ekonomi masyarakat Malaysia.

8. Semakan berkala dan penambahbaikan perlu dilaksanakan terhadap mekanisme dan tatacara pengeluaran dan pewartaan sesuatu fatwa.

9. Institusi fatwa perlu menjadikan ketelusan sebagai satu dasar penting agar dapat menangani tanggapan negatif masyarakat terhadap kewibawaan fatwa yang dikeluarkan sekaligus meningkatkan kefahaman dan penerimaan mereka terhadap fatwa-fatwa tersebut.

10. Kaedah-kaedah penyelarasan fatwa-fatwa di peringkat negeri dan kebangsaan yang sedia ada boleh ditambah baik agar lebih berkesan bagi menangani masalah kecelaruan dan kekeliruan dalam amalan masyarakat.

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Elmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188   Fax: +603-7956 2188 / +603-7956 2966

Email: email@iais.org.my

Hikmah

God is Gentle and loves gentleness; He rewards gentleness with that which He does not reward harshness. (hadith)

Quotable Quotes

The Prophet Muhammad, peace be on him said: "Shall I tell you who is kept away from Hell?...Everyone who is gentle and kindly, approachable and of an easy disposition." Al-Tirmidhi, hadith 1315

Humour Without Malice

Ahmad was speaking to his friend and shared his hapiness with him. So he said that he is fortunate to have been given two very special gifts in life. The friend was listening - there was a pause. He then asked: what are they Ahmad?Ahmad replied: one is a very good memory that God has given me. Ahmad paused again, and when his friend asked: what is the second one? Ahmad replied: Oh, wait a minute, I am trying to remember!

IAIS Malaysia 2008-2017 - All Rights Reserved.